welcome to bila budax kecix bercel0teh !! | Follow or Dashboard



salam 2 all readers..ecop da raya..ape perasaan korunk eh??mezty:-
 *epy
  *teruja
or ada y' bersedih xdapat pulang ke kampung ke??
-jangan bersedih..meh beraya bersama eyrah..hehehehe

di kesempatan ini,ieyrah ingin ucapkan SALAM LEBARAN untuk korunk..ampun maaf jika ieyrah ada t'kasar bahasa atau terguris aty korunk..itu semua adalah gurauan semata-mata..korunk maafkan ieyrah erkk..wink3..^_^..comell sangat la 2h..

hahhh,malam niey,ieyrah mau pasang lampu kat gazebo 2h,pasang pelita n tolom mama uat nasi dagang untuk pagi raya..ketupat,ieyrah da siap uat da..bkn ieyrah y' buat,kasi tempah je..he6..

nah,ieyrah bagi ketupat kat korunk 1 sorang..jangan berebut erk..kalau xcukup,sudi2 la datang umah..
ni list makanan untuk pagi raya ecop:
 *nasi dagang
 *tapai
 *ketupat
 *serunding aging
 *kuih raya
 *kek
korang jangan dengki2 auwww..nanty korang datang umah,ieyrah masak special untuk korunk..nak x??ngeee..macam la dya 2 pandai masak sangat..~lalalala~

malam raya ni,macam2 yang bez didengar..ni ieyrah list:
*mercun(boomm booommm kebabbooommm)oh,mak kau meletup..2 kakak ieyrah y' melatah xdi..hahaha..
*takbir raya(syahdu sangat)
*lagu raya(lagu raya zaman dulu agy bezz daripada lagu raya zaman skaarang..

ok,la..need to choww..nak g tolom mama masak lop..SELAMAT ARY RAYA eh untuk korunk..nk datang umah 2,kontact2 la dulu..bye,salam..nah,ni duit raya untuk korunk..

singgit sudahla..bdax2 xley pegang duit banyak2..he6..jangan lupa menabung tau..


  
  


     


Hola Hola.Thanz Sebab Baca.Jangan Lupa Komen.

13 alasan wanita yang enggan menutup aurat





. Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok 
apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”
3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.
4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?
5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.
“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”
: Menegur memang ada caranya.. Maaf jika aku terlalu kasar dalam menegur.. Manusia.. Tak pernah lari daripada kesilapan.. So, terima kasih pada yang menegur. Aku tidak akan sama sekali melenting. Aku bersyukur bila ada yang menegur sebab itu tandanya orang sayangkan kita.. =)
Hanya sekadar renungan….
Kredit- solihinzubir.com


Hola Hola.Thanz Sebab Baca.Jangan Lupa Komen.

ciri-ciri wanita solehah




Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.






Hola Hola.Thanz Sebab Baca.Jangan Lupa Komen.

Tips untuk hilangkan stress

salam untuk semua readers..mesty korang selalu stress kan??hahhhh,muka korunk bila stress ada xmacam orang yang kat bawah nie??


tiap kesakitan ada ubatnya..termasuklah bila anda stress..ni admin bagitau cara2 nak hilangkan stress..harap2 korang ikowt erk...

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk 
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan 
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan 
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca 
akan mudah diingati. 
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an 
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca 
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca 
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti 
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai 
teman paling akrab pada sepanjang waktu. 
3) Banyakkan Solat Sunat 
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal 
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat 
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai 
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam 
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan 
kekuatan daripada Allah. 
4) Selalu berdoa kepada Allah 
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini 
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan 
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, 
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan 
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang 
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki 
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. 
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa 
hanya kepada Allah yang Esa. 5) Bersangka baik dengan Allah 
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan 
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang 
Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, 
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya 
jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa 
tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu. 
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan 
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak 
yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita 
melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan 
seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita 
meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga 
akan bertambah erat dan kukuh. 
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat 
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan 
salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk 
mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. 
Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan 
penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing 
manis. 
8) Menangis dengan sepuas hati 
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat 
diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan 
hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut 
dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada 
sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka 
seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, 
bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang 
Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja. 
9) Hargai kebolehan diri sendiri 
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita 
mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk 
melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. 
Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan 
tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai 
kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 10) Cintai diri sendiri 
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". 
Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita 
perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri 
kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu 
dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan 
kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai 
kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk 
diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan 
penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat
diselesaikan dengan jayanya

:::sekian,terima kasih..setakat 2 saja yang dapat admin kongsikan untuk korunk semua..

p/s:sedang mencari malam qadar y' tidak diketahui bila akan kunjung tiba...

                                           


Hola Hola.Thanz Sebab Baca.Jangan Lupa Komen.

Sikap muslim bila datang waktu solat

seseorang bertanyaa kepada hatim bin ashim: 'bagaimana seharusnya sikap kita bila tiba waktu solat?'

hatim menjawab:'bila waktu solat tiba,pergilah berwudhuk,lalu ke musalla dan duduklah beberapa minit sehingga ketenangan menghinggapi setiap organ tubuh kita.

sesudah itu,berdirilah untuk mendirikan solat.bayangkan seolah-olah Baitullah ada di depanmu,shirat ada di bawah kakimu,syurga berada di sebelah kananmu dan neraka berada di sebelah kirimu,malaikat maut berada di belakangmu;fikirkan seolah-olah ini adalah solat terakhirmu dan tetaplah berada dalam harap-harap cemas kerana memikirkan apakah solatmu diterima atau ditolak oleh ALLAH.

hikaya-i sahabah(zakaria)

nota kelekatu:ni pun ambik dari buku himpunan kisah2 motivasi pitar iq...kredit 2 ustzh azila cz bagi pinjam buku 2h...buku yg mmbina ke arah kebaikan...


Hola Hola.Thanz Sebab Baca.Jangan Lupa Komen.

Ahlan ya Ramadhan

selamat datang bulan ramadhan,
selamat tinggal jin dan syaitan.


ramadhan datang lagi,
membawa seribu keinsafan dalam diri,
menyinari semula hari-hari yang suram,
di dalam kubur,mereka bergembira,
kerana,bulan ramadhan inilah,
mereka sudah tidak diseksa lagi.


tetapi...
pada dunia sekarang,
ramai yang merungut kerana kelaparan,
tidak sedarkah mereka??
betapa ramai lagi yang bernasib malang..
di afrika,afghanistan,gaza,
hari-hari yang dilalui cukup perit bagi mereka,
tanpa makanan di sisi,
mereka makan untuk hidup,
tetapi kita hidup untuk makan.


di bulan ramadhan ini,
terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan,
yakni malam lailatulqadar,
tetapi...
xsiapa yang mengetahui bila malam itu akan berlaku..


ssyaitan sudah diikat,
tetapi mengapa masih ada lagi manusia yang bertopengkan syaitan,
salah siapakah itu??


oleh itu,
marilah rakanku,
kita sambut bulan ramadhan ini dengan penuh kesyukuran,
agar ibadah kita diterima oleh allah..
ahlan wassahla ya ramadhan...

                                                                                                   direka khas oleh:syakirah97

p/s:maaflah andai ky ada wat silap dalam pembikinan sajak ini..ky reka sajak ini untuk suka-suka je..btw,ky xtaw pun nak wat sajak camne..cuma minat ky yang mendalam untuk mempelajari sajak.. 


Hola Hola.Thanz Sebab Baca.Jangan Lupa Komen.

kawan

kawan??
wujud ke kawan yang sejati dalam dunia ni???
berdasarkan pengalaman ky,ky hanya ada 3 owang je kawan sejati setakat ni
mezty korunk tertanya-tanya kan
'bdax ni mezty sombonk sbb xde kawan lansung'
sebenarnya ky xsombonk pun,
kawan sejati 2 maknanya kawan yang akan susah senang bersama kita
n kawan yang selalu menyokong kita
bukan yang jeniz kawan yang suka bermuka-muka
ky ada ramai kawan,tapi ky hanya senang berkawan dengan 3 orang je,
pengalaman yang lepaz membuatkan ky berasa takowt untuk berkawan
nasib baiklah mereka selalu ada bersama ky..
ky xperlukan kawan hanya untuk kepentingan mereka
ky juga xperlukan kawan yang jeniz kawan makan kawan
ky hanya perlukan kawan yang sudi berada di samping ky..




p/s:tiba2 je rindu kt kawan2 lama mcm yana,tiah,al-amin,iqmal,mek cek,mimiey,aqis n ramai agi..
owhhh dugaan....moga2 kita semua dapat bertemu di IPT...




Hola Hola.Thanz Sebab Baca.Jangan Lupa Komen.

 
back to top
Segala Yang Tercatat Di Atas Semuanya Hak Milik Ieyra